"Semoga hari ini Allah mudahkan setiap urusan, melapangkan hati dan meringankan langkah kita dalam kebaikan. Amiin.."

3.1.3 KEPIMPINAN




Definisi



Konsep Kepimpinan



Kepimpinan dalam islam merupakan satu amanah. Kepimpinan ialah tanggungjawab yang lahir daripada autoriti yang sahih. Seorang pemimpin yang memimpin sesebuah organisasi, jabatan atau unit merupakan individu yang diberi amanah dan bukannya diberi peluang untuk mencipta nama atau memperluas pengaruh kuasa yang sedia ada. Dalam pengurusan islam, pemimpin ialah seorang yang akan ditanya di akhirat kelak tentang tanggungjawab kepimpinannya.




Pengarahan

Pengarahan merupakan penggunakan kuasa dan mandat yang ada pada seseorang. Pemimpin yang perlu digunakan secara berkesan. Kuasa yang terdapat pada seseorang pemimpin merupakan satu keistimewaan yang dimiliki oleh mereka dan perlu diuruskan dengan cara yang baik. Seperti yang dihuraikan oleh Abdul Azizi Yusof, kuasa memberi keistimewaan kepada pemimpin seperti yang berikut:

1.Mengarahkan pekerjanya untuk melakukan tugas dan perubahan sebagaimana yang dikehendaki.
2.Mengagihkan tugas dalam melaksanakan perubahan.
3.Membuat keputusan terutamanya dalam menentukan siapakah yang layak untuk melakukan perubahan.
4.Kuasa merupakan satu simbol atau penghormatan. Oleh itu, cadangan perubahan yang dilakukan akan lebih mudah diterima, dihormati dan disokong.
5.Memberi idea baru dan meyakinkan pihak lain untuk menerima idea yang dikemukakan.
6.Membuat justifikasi ke atas setiap perubahan yang dicadangkan.
7.Mempengaruhi individu tertentu atau kumpulan untuk memihak kepadanya apabila mengemukakan cadangan atau ingin melakukan perubahan. 

Tanggungjawab Pemimpin

1. Tanggungjawab Pemimpin

2. Tanggungjawab pemimpin

Prinsip Kepimpinan

1.Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain, iaitu pekerja atau pengikut. Jika tidak, kualiti kepimpinan seseorang pemimpin didapati tidak bermakna.
2.Kepimpinan melibatkan pembahagian kuasa yang tidak sama antara pemimpin dengan ahli kumpulan. Pemimpin mempunyai autoriti memberi arahan kepada ahli kumpulan, manakala ahli kumpulan tidak bebas atau tidak boleh sewenang-wenangnya memberi arahan kepada pemimpin untuk melakukan sesuatu perkara.
3.Kepimpinan melibatkan gaya dan suasana yang diwujudkan oleh pemimpinnya. Pemimpin haruslah menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian apabila berinteraksi dengan pengikutnya.
4.Arah tuju kepimpinan dalam islam mestilah tidak menyeleweng daripada syariat islam. Pemimpin tidak boleh sesuka hati menggunakan kuasannya bagi kepentingan peribadi.

Bentuk-Bentuk Kepimpinan

1.Kepimpinan Demokrasi
Dalam corak kepimpinan demokrasi ini, segala keputusan ialah hasil daripada suara ramai. Ketua hanya mempengerusikan sesuatu perbincangan sambil memberi kebebasan dan peluang kepada setiap anggota jemaah untuk mengeluarkan pendapat mereka.

2. Kepimpinan Autokrasi
Kepimpinan autokrasi ialah pemerintahan atau kepimpinan yang mempunyai kuasa penuh. Segala perancangan dan pelaksanaan ditentukan oleh pemimpin tanpa mengambil mandat daripada orang ramai. Selain itu, pemimpin itu sendiri yang mengagihkan kerja kepada pekerja iaitu segala arahannnya berbentuk kuasa mutlak.

3. Kepimpinan Laissez Faire
Kepimpinan bentuk ini, pemimpinnya seolah-olah tidak berperanan dan segala keputusan aktiviti dan pelaksanaan sesuatu perkara diserahkan kepada pengikutnya. Pemimpin hanya memainkan peranan mengemukakan maklumat tertentu atau yang perlu tetapi pemimpin juga tidak diperlukan untuk mengemukakan apa-apa cadangan atau membuat penilaian terhadap sesuatu pekerjaan yang selesai dijalankan.