Definisi
Proses untuk mengkaji dan memilih aspek dan perkara yang pelbagai sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.Menurut Azman Che Omar (2003), bagi tujuan akademik,perancangan ditakrifkan sebagai satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi yang sesuai dengan mengambil kira faktor dalaman organisasi dan persekitaran luaran. Perancangan yang baik ialah keupayaan menggunakan sumber manusia dan alam sebaik mungkin. Antara kepentingan pengurusan ialah membolehkan pihak pengurusan membuat garis panduan atau jadual kerja untuk meningkatkan perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial.
Prinsip Perancangan Pengurusan dalam Islam
i) Kajian atau penyelidikan
ii) Perundingan dengan pakar
iii) Syura
Contoh Perancangan Dalam Islam
Contoh terbaik yang dapat dijadikan sebagai ' role model' ialah perancangan Rasulullah ketika menyampaikan dakwah di Mekah.
i) PERINGKAT PERTAMA
Dakwah secara tertutup dan sulit. Hal ini mengambil kira kekuatan dalaman umat islam serta ancaman yang bakal diterima.
ii) PERINGKAT KEDUA
Dakwah secara terbuka.Ia dilakukan setelah umat islam mempunyai kekuatan dan pertambahan orang memeluk islam.
iii) PERINGKAT KETIGA
HIJRAH KE MADINAH - iaitu apabila ancaman terhadap umat islam semakin kuat.


