"Semoga hari ini Allah mudahkan setiap urusan, melapangkan hati dan meringankan langkah kita dalam kebaikan. Amiin.."

PENDAHULUAN : PENGURUSAN DALAM ISLAM





Proses pengendalian pengurusan Islam ini membincangkan amalan atau proses kerja pengurusan Islam seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. Dalam sesebuah organisasi, proses-proses tersebut sangat penting kerana dapat menyumbang kepada kejayaan dan kecermelangan organisasi. Hal yang demikian adalah bertepatan dengan amalan pengurusan yang dipraktikkan dalam Islam.

Proses pengendalian pengurusan ialah satu proses aktiviti berterusan yang dijalankan di dalam sebuah organisasi sehingga tercapainya objektif atau matlamat organisasi.

Proses ini dipraktikkan oleh para pemimpin atau pengurus dalam memimpin dan menguruskan sesebuah organisasi. Seorang pengurus akan mengendalikan cara berurusan dalam hubungan sesame manusia dengan menggunakan segala sumber kekayaan yang ada dibumi berdasarkan syariat dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah.


3.1 PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN DALAM ISLAM


Islam ialah agama yang syumul dan serba lengkap mencakupi segenap aspek kehidupan. Islam mempunyai sistem dan cara hidup tersendiri yang melibatkan hubungan sesame manusia dan aspek pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri dan dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan. Islam menyediakan garis panduan seperti perancangan, penyusunan(pengorganisasian), pengarahan an pengawalan.

Pada dasarnya dalam melaksanakan teori-teori pengurusan tersbut, Islam tidak melarang umatnya untuk mengaplikasikan teori-teori tersebut dalam kehidupan mereka selagi tidak bertentangan dengan nas-nas yang sahih dan jelas dalam syariat islam. Malahan, terdapat bnayak perkara dalam pengurusan konvensional yang bersamaan dengan apa-apa yang telah digariskan dalam pengurusan islam.

Kerja-kerja pengurusan pula mestilah mempunyai tujuan,fungsi dan matlamat tertentu. Tugasan pengurusan ialah menetukan aktiviti-aktiviti kerja yang perlu dilakukan oleh seseorang penguruan di dalam sesebuah organisasi.



Menurut Mustafa Haji Daud(1994), proses pengendalian pengurusan melibatkan empat peringkat dan elemen utama:


  1. Perancangan
  2. Pengorganisasian
  3. Kepimpinan
  4. Pengawasan

3.1.1 PERANCANGAN



Definisi

Proses untuk mengkaji dan memilih aspek dan perkara yang pelbagai sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.Menurut Azman Che Omar (2003), bagi tujuan akademik,perancangan ditakrifkan sebagai satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi yang sesuai dengan mengambil kira faktor dalaman organisasi dan persekitaran luaran. Perancangan yang baik ialah keupayaan menggunakan sumber manusia dan alam sebaik mungkin. Antara kepentingan pengurusan ialah membolehkan pihak pengurusan membuat garis panduan atau jadual kerja untuk meningkatkan perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial.


Prinsip Perancangan Pengurusan dalam Islam

i) Kajian atau penyelidikan
ii) Perundingan dengan pakar
iii) Syura

Contoh Perancangan Dalam Islam

Contoh terbaik yang dapat dijadikan sebagai ' role model' ialah perancangan Rasulullah ketika menyampaikan dakwah di Mekah.

i) PERINGKAT PERTAMA
Dakwah secara tertutup dan sulit. Hal ini mengambil kira kekuatan dalaman umat islam serta ancaman yang bakal diterima.

ii) PERINGKAT KEDUA
Dakwah secara terbuka.Ia dilakukan setelah umat islam mempunyai kekuatan dan pertambahan orang memeluk islam.




iii) PERINGKAT KETIGA
HIJRAH KE MADINAH - iaitu apabila ancaman terhadap umat islam semakin kuat.




3.1.2 PENGORGANISASIAN


DEFINISI

Pengorganisasian merupakan kesinambungan daripada perancangan. Ia mempengaruhi keberhasilan perancangan yang dilaksanakan.


Penorganisasian akan membentuk sebuah ikatan yang kukuh dan sukar dipatahkan oleh agenda musuh yang mahukan kita jatuh tersungkur lalu dipijak.

CONTOH PERORGANISASIAN


Peristiwa hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah merupakan contoh pengorganisasian yang sangat baik. Baginda melaksanakan konsep dimana segala bakat dan potensi dimanfaatkan. Antaranya;

i) Saidina Abu Bakar sebagai teman ketika berhijrah.
ii) Asma' Bt Abu Bakar yang masih kanak- kanak membekalkan makanan semasa baginda bersembunyi di Thur.
iii) Ali Bin Abu Talib tidur di tempat tidur baginda di malam penghijrahan.
iv) Amir Bin Furairah ditugaskan untuk menutup kesan tapak kaki bagi baginda , Abu Bakar dan Asma' melalui binatang ternakannya.
v) Abdullah Bin Uraiqat menunjuk jalan yang paling selamat ke Madinah.




                                                       Gambar Madinah


Video mengenai kerjasama antara satu sama lain



3.1.3 KEPIMPINAN




Definisi



Konsep Kepimpinan



Kepimpinan dalam islam merupakan satu amanah. Kepimpinan ialah tanggungjawab yang lahir daripada autoriti yang sahih. Seorang pemimpin yang memimpin sesebuah organisasi, jabatan atau unit merupakan individu yang diberi amanah dan bukannya diberi peluang untuk mencipta nama atau memperluas pengaruh kuasa yang sedia ada. Dalam pengurusan islam, pemimpin ialah seorang yang akan ditanya di akhirat kelak tentang tanggungjawab kepimpinannya.




Pengarahan

Pengarahan merupakan penggunakan kuasa dan mandat yang ada pada seseorang. Pemimpin yang perlu digunakan secara berkesan. Kuasa yang terdapat pada seseorang pemimpin merupakan satu keistimewaan yang dimiliki oleh mereka dan perlu diuruskan dengan cara yang baik. Seperti yang dihuraikan oleh Abdul Azizi Yusof, kuasa memberi keistimewaan kepada pemimpin seperti yang berikut:

1.Mengarahkan pekerjanya untuk melakukan tugas dan perubahan sebagaimana yang dikehendaki.
2.Mengagihkan tugas dalam melaksanakan perubahan.
3.Membuat keputusan terutamanya dalam menentukan siapakah yang layak untuk melakukan perubahan.
4.Kuasa merupakan satu simbol atau penghormatan. Oleh itu, cadangan perubahan yang dilakukan akan lebih mudah diterima, dihormati dan disokong.
5.Memberi idea baru dan meyakinkan pihak lain untuk menerima idea yang dikemukakan.
6.Membuat justifikasi ke atas setiap perubahan yang dicadangkan.
7.Mempengaruhi individu tertentu atau kumpulan untuk memihak kepadanya apabila mengemukakan cadangan atau ingin melakukan perubahan. 

Tanggungjawab Pemimpin

1. Tanggungjawab Pemimpin

2. Tanggungjawab pemimpin

Prinsip Kepimpinan

1.Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain, iaitu pekerja atau pengikut. Jika tidak, kualiti kepimpinan seseorang pemimpin didapati tidak bermakna.
2.Kepimpinan melibatkan pembahagian kuasa yang tidak sama antara pemimpin dengan ahli kumpulan. Pemimpin mempunyai autoriti memberi arahan kepada ahli kumpulan, manakala ahli kumpulan tidak bebas atau tidak boleh sewenang-wenangnya memberi arahan kepada pemimpin untuk melakukan sesuatu perkara.
3.Kepimpinan melibatkan gaya dan suasana yang diwujudkan oleh pemimpinnya. Pemimpin haruslah menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuaian apabila berinteraksi dengan pengikutnya.
4.Arah tuju kepimpinan dalam islam mestilah tidak menyeleweng daripada syariat islam. Pemimpin tidak boleh sesuka hati menggunakan kuasannya bagi kepentingan peribadi.

Bentuk-Bentuk Kepimpinan

1.Kepimpinan Demokrasi
Dalam corak kepimpinan demokrasi ini, segala keputusan ialah hasil daripada suara ramai. Ketua hanya mempengerusikan sesuatu perbincangan sambil memberi kebebasan dan peluang kepada setiap anggota jemaah untuk mengeluarkan pendapat mereka.

2. Kepimpinan Autokrasi
Kepimpinan autokrasi ialah pemerintahan atau kepimpinan yang mempunyai kuasa penuh. Segala perancangan dan pelaksanaan ditentukan oleh pemimpin tanpa mengambil mandat daripada orang ramai. Selain itu, pemimpin itu sendiri yang mengagihkan kerja kepada pekerja iaitu segala arahannnya berbentuk kuasa mutlak.

3. Kepimpinan Laissez Faire
Kepimpinan bentuk ini, pemimpinnya seolah-olah tidak berperanan dan segala keputusan aktiviti dan pelaksanaan sesuatu perkara diserahkan kepada pengikutnya. Pemimpin hanya memainkan peranan mengemukakan maklumat tertentu atau yang perlu tetapi pemimpin juga tidak diperlukan untuk mengemukakan apa-apa cadangan atau membuat penilaian terhadap sesuatu pekerjaan yang selesai dijalankan.





                                         

3.1.4 PENGAWASAN


Definisi

Azman Che Omar(2013), mentakrifkan pengawasan dalam konteks organisasi sebagai satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan yang sedia ada.

Tahap-Tahap Pengawasan

1. Pengawasan Kendiri
Pengawasan kendiri merujuk pengawasan pekerja itu sendiri. Pengawasan terhadap diri sendiri ini dapat dilakukan melalui pemahaman terhadap ajaran Islam yang menyeru kepada manusia untuk bertakwa dan merasai pemerhatian serta kekuasaan Allah SWT terhadap semua perbuatan manusian sama ada secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi. Dalam hal ini, manusia digalakkan untuk menilai kelemahan yang ada dalam diri sendiri seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut berdasarkan keyakinan terhadap ajaran Islam. Melalui keyakinan yang tersemai dalam jiwa inilah, seseorang itu akan terdorong untuk melakukan kerjanya dengan baik dan bersungguh-sungguh. 

2. Pengawasan Dalaman
Pengawasan dalaman pula ialah melalui jabatan-jabatan dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab membuat pemerhatian terhadap pekerja ataupun peranan seseorang ketua mengawasi para pekerjanya.

3. Pengawasan Luaran
Pengawasan luaran ialah pengawasan yang dilakukan oleh negara terhadap sesebuah organisasi bagi menjaga kesinambungan keluhuran pekerja dan organisasi dalam mencapai matlamat masing-masing.

Antara kepentingan pengawasan menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) termasuklah berikut:
  •  Memastikan perjalanan organisasi sejajar dengan matlamat yang ditetapkan.
  • Mengetahui pelbagai masalah yang mungkin berlaku dalam pelaksanaan kegiatan organisasi.
  • Membolehkan pembetulan dapat dilakukan jika berlaku masalah dalam organisasi.
  • Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan bagi mengemas kini perjalanan organisasi.
  •  Memastikan keutuhan organisasi, atas sebab proses kawalan melibatkan dalaman atau luaran.
  • Mewujudkan amar makruf dan mengelakkan kemungkaran.

Proses Kawalan

1. Menetapkan Piawai
Piawai merupakan asas bagi pengurus untuk menilai atau mengukur hasil aktiviti atau prestasi seseorang pekerja. Piawai selalunya ditetapkan berasaskan objektif yang telah dipersetujui semasa membuat sesuatu rancangan. Bentuk-bentuk piawai yang selalu digunakan ialah kuantiti, kualiti, masa dan sebagainya.

2. Menilai Atau Mengukur Prestasi
Organisasi menggunakan pelbagai kaedah untuk mengukur prestasi mengikut kesesuaiannya. Contohnya, di dalam organisasi yang memberi perkhidmatan kaunseling, prestasi diukur melalui kuantiti program-program yang berjaya dilaksanakan dan kualiti program diukur melalui keberkesanan program tersebut terhadap peserta-peserta.

3. Membandingkan pencapaian prestasi dengan piawai
Dalam langkah ini, prestasi atau hasil aktiviti akan dibandingkan dengan piawai yang telah ditetapkan. Sekiranya pencapaian prestasi lebih baik daripada piawai, maka kita boleh mengatakan bahawa seseorang pekerja itu telah berjaya melepasi sasaran yang telah ditetapkan.

4. Membuat tindakan pembetulan sekiranya berlaku kegagalan
Selepas perbandingan dibuat antara pencapaian prestasi dengan piawai dan didapati wujud penyimpangan daripada sasaran yang telah ditetapkan, maka pihak pengurusan perlu mengambil tindakan pembetulan atau pemulihan. Pihak pengurusan juga perlu membuat analisis faktor kegagalan dan meneruskan dengan tindakan pembetulan.

5. Menambah baik prestasi
Langkah seterusnya adalah dengan menambah baik prestasi melalui komitmen berterusan organisasi seperti pembangunan penyelidikan untuk menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti dan juga meletakkan sasaran pencapaian yang lebih tinggi dan mencabar.

Jenis Kaedah Kawalan

1. Kawalan sebelum tindakan
2. Kawalan semasa pelaksanaan
3. Kawalan saringan
4. Kawalan selepas pelaksanaan